Sinopsis
Di sebuah kampung kecil, tinggal Tok Chai yang merendah diri dan membela seekor Hantu Raya. Hantu Raya tersebut memberi Tok Chai hidup yang senang tetapi semua benda yang baik harus berakhir. Di “Kecoh! Hantu Raya Tok Chai”, cerita bermula apabila Tok Chai meninggal dunia, yang merisaukan Hantu Raya tersebut kerana pengebumian Tok Chai bererti pengakhirannya.
Oleh itu, Hantu Raya cuba menghentikan penduduk kampung dari mengebumikan Tok Chai. Dengan kebijaksanaan Tok Imam dan usaha Ebby, Korporal Lisa, Tok Penghulu, Sarjan dan pengikut mereka, mereka bertekad untuk mengebumikan Tok Chai sebelum fajar menyingsing.
Berjayakah Hantu Raya menghentikan pengebumian Tok Chai? Siapa akan menjadi mangsa korban untuk menenangkan Hantu Raya? Dan soalan yang penting sekali, siapa yang akan menjaga Hantu Raya apabila semua benda berakhir?